Monday, 1 May 2017

Muzium yang Terdapat Di Sarawak

1. Muzium Etnologi (Bangunan Lama)
Muzium Sarawak (Bangunan Lama) didirikan dalam tahun 1891 dan di perbesarkan dalam bentuk yang sedia ada dalam tahun 1911. Pada asalnya, bangunan ini dibina untuk menyimpan dan mempamerkan seni kraftangan masyarakat pribumi masyarakat tempatan dan koleksi binatang tempatan seperti yang dicadangkan oleh Pakar Alam Semulajadi, Alfred Wallace yang menjalankan kerja-kerja mengumpul spesimen-spesimen Sarawak pada masa tersebut. Pada masa ini, dengan perancangan yang teliti dan penjagaan yang rapi, bangunan  ini telah dijadikan sebagai pusat pameran koleksi sejarah alam semulajadi di Sarawak.





2. Dewan Tun Abdul Razak 
Dewan Tun Abdul Razak merupakan salah satu daripada galeri muzium Sarawak. Namanya diambil sempena nama Perdana Menteri Malaysia yang ke-2. Ia merupakan bangunan dua tingkat yang dahulunya digunakan sebagai dewan perhimpunan perundangan daripada tahun 1973 sehingga 1975. Pada tahun 1982, ia dijadikan sebagai galeri pameran dan dibuka secara rasmi pada tahun 1983. Aras bawah bangunan tersebut digunakan untuk mempamerkan pameran-pameran sementara mengikut tema. Pada aras satu, kebanyakan barang pameran merupakan prasejarah seperti pasu berwarna, barang-barang loyang, perabot cina, ruanagn rumah panjang dan sebagainya. Sebahagian besar barang arkeologi yang diperolehi negeri Sarawak juga dipamerkan disini.






3. Muzium Warisan Islam
Bangunan muzium Islam dahulunya merupakan James Brooke  Malay College kemudian diambil alih dan diubahsuai bersesuaian dengan tarafnya sebagai muzium. Reka bentuknya amat unik dan dikatakan satu-satunya terdapat di Sarawak. Hampir keseluruhan bangunan ini diperbuat daripada konkrit dan kayu manakala atapnya adalah atap genting. Objektif utama mendirikan muzium ini adalah untuk memperkenalkan kepada rakyat negeri ini dan juga pelawat akan keunikan ketemadunana Islam dalam masyarakat Sarawak. 





4. Muzium Arkeologi Niah
Muzium arkeologi Niah berdekatan dengan tapak arkeologi Gua Niah di Miri, Sarawak. Muzium ini mempamerkan artifak prasejarah dan budaya pada di kawasan tersebut. Orang awam berpeluang unuk menyaksikan sendiri peninggalan orang-orang purba yang pernah tinggal di kawasan tersebut beribu-ribu tahun dahulu. 





5. Muzium Tekstil
Muzium tekstil dibuka pada orang ramai pada tahun 2000 yang bertempat di bangunan Pavilion Bandaraya Kuching. Senibina bangunan adalah campuran renaissance Inggeris dan Penjajah British. Reka bentuknya membujur panjang dan mempunyai tiga tingkat serta beratapkan konkrit rata. Bangunan ini mempunyai 2 tangga yang diperbuat daripada kayu yang diukir. Ia telah dibina pada tahun 1907 sebagai pusat perubatan dan kemudiannya dijadikan sebagai jabatan Pendidikan. Muzium ini mempamerkan dan dan menyimpan tekstil dan busana asli tempatan yang ditenun dan dipakai oleh etnik Sarawak. Antaranya adalah pua kumbu masyarakat Ibandan kain songket Melayu Sarawak. Konsep oameran akan menunjukkan proses tekstil itu dihasilkan dari penyediaan benang, bertenun sehingga ianya siap menjadi sehelai kain. 



Jenis-Jenis Pakaian Tradisional di Sarawak

KAUM CINA



Samfoo


Samfoo merupakan 'baju dan seluar' dalam dialek kantonis dan diguna oleh pihak lelaki. Ia diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak dan berbunga halus. Tambahan lagi, pakaian ini diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera. Cheongsam pula, merupakan pakaian yang digunakan oleh pihak perempuan. Terdapat banyak jenis fesyen cheongsam yang ada dan di antaranya ialah seperti leher tinggi, leher tertutup dan lengan pendek, sederhana atau panjang. Seterusnya, gaun tersebut kancing di sisi kanan dengan dada longgar, pinggang pas, dan celah naik dari sisi bagi membuat pakain tersebut lebih menarik untuk dilihat. Cheongsam juga diperbuat daripada bahan yang berbeza dan panjang yang berbeza. Kini, cheongsam banyak digunakan tidak kira dalam acara santai mahupun formal. 

KAUM INDIA

DHOTI

SARI

Kaum lelaki memakai pakaian yang dinamakan Dhoti. Kain pakaian ini diperbuat daripada kain yang berwarna putih yang panjang. Kebanyakan pakaian tradisional ini hanya akan digunakan menjelang hari perkahwinan. Kain tersebut kemudiannya dililit pada bahagian pinggang dan diikat pada celah paha selain disangkutkan pada bahagian bahu. Kain dhoti dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan lebih menarik. Selain itu, bagi kaum perempuan pula, sari merupakan pakaian yang sangat popular dalam kalangan kaum ini kerana bukan sahaja dipakai musim perayaan tetapi menjadi pakaian seharian. Kain sari kebanyakannya jarang dan lembut. Dari segi pemilihan warna sari, sari yang sering dipakai adalah berwarna gelap seperti biru, merah, hijau, dan ungu. Untuk pemilihan corak pula adalah adalah tidak terhad iaitu mengikut citarasa pemakai. Sebagai contoh antara corak yang menjadi kegemaran seperti corak tumbuh-tumbuhan dan bercorak haiwan. Tidak kurang juga,sari turut dihiasi dengan manik-manik yang berkilat bagi menyerlahkan lagi kecantikan diri yang ada.




KAYAN


Komuniti Kayan juga mudah dikenali melalui pakaian tradisional mereka. Pakaian kaum ini sangat unik kerana diperbuat daripada manik-manik halus yang berwarna-warni. Bagi pakaian tradisional lelaki, pakaian mereka seperti baju diperbuat daripada kulit-kulit binatang contohnya kulit kambing. Mereka juga menggunakan perhiasan kepala yang diperbuat daripada rotan dan dihiasi dengan bulu kambing dan bulu burung kenyalang serta diwarnakan. Sirat yang dihiasi dengan manik-manik kecil turut dipakai di bahagian punggung lelaki sebagai gambaran seorang pahlawan. Perempuan Kayan juga akan menggunakan gelang dan rantai manik. Teksa merupakan hasil gabungan daripada manik-manik besar yang berwarna-warni dan dijadikan sebagai tali pinggang. Lavong pula, digunakan sebagai perhiasan kepala yang dihiasi dengan manik dan rambut kambing yang berwarna-warni.


ORANG ULU


Terdapat orang Ulu di Sarawak. Bagi lelaki, mereka akan menggunakan cawat satin serta memakai kulit kambing sunong. Selain itu, perhiasan kepala yang digunakan diperbuat daripada bulu kenyalang. Ta'ah baldu merah yang dihiaskan dengan labuci motif aso dan naga turut digayakan oleh pihak perempuan. Tambahan lagi, banyak manik dan labuci digunakan sebagai penyeri pakaian. Subang telinga iseng dari tembaga turut digunakan bagi melanjutkan telinga yang menjadi kebanggan bagi pihak perempuan.


ORANG MELAYU SARAWAK


Bagi lelaki Melayu Sarawak, mereka akan memakai baju Melayu Cekak Musang dan menggunakan samping songket. Selain itu, bagi perempuan pula, mereka akan menggunkan baju Kurung Teluk Belanga yang kepalanya dihiasi selayah serta diserikan dengan selempang sarung di bahu. Tambahan lagi, ada juga yang memakai Baju Kurung Broked, sarung songket bunga tabur, selayah kerengkam dan selempang songket.





Etnik di Negeri Sarawak

Sarawak mempunyai bilangan penduduk yang banyak sekali antara negeri-negeri di Malaysia, iaitu seramai 2.07 juta orang. Sebagai ibu negeri, Kuching merupakan rumah kepada 458,300 orang. Ini menyebabkan ia menjadi bandar yang mempunyai penduduk yang terbanyak di Sarawak dan mendapat kedudukan yang ketujuh di Malaysia.

Sarawak mempunyai 27 etnik besar, setakat ini yang dikemukakan. Kesemua kumpulan etnik ini mempunyai bahasa, kebudayaan, dan cara kehidupan yang tersendiri. Etnik di Sarawak terbahagi mengikut kawasan penempatan seperti persisiran pantai, lembah sungai, daerah pendalaman, dan kawasan tanah tinggi. Kawasan yang paling padat dengan penduduk ialah di dataran pantai, lembah sungai di bahagian barat Kuching, dan kawasan antara Sungai Kayan dengan Sungai Mukah.

Corak penempatan dan taburan penduduk yang berselerak di Sarawak menyebabkan mereka tidak banyak berhubung dengan orang luar. Keadaan ini mendorong setiap kelompok etnik membentuk identiti kebudayaan masing-masing mengikut persekitarannya. Antara Etnik di Negeri Sarawak adalah seperti berikut:



Senarai kumpulan etnik di Sarawak

  • Iban
  • Cina
  • Melayu
  • Bidayuh
  • Melanau
  • Kayan
  • Kenyah
  • Lun Bawang
  • Penan
  • Kelabit
  • Kedayan
  • Bisaya
  • Berawan
  • Lahanan
  • Sekapan
  • Kejaman
  • Punan
  • Baketan
  • Ukit
  • Sihan
  • Tagal
  • Tabun
  • Saban
  • Lisum
  • Longkiput
  • Kadazandusun
  • Murut

Makanan Unik dan Halal di Sarawak

Sarawak yang dikenali sebagai negeri Bumi Kenyalang mempunyai pelbagai makanan tradisional. Sarawak terkenal dengan makanan yang bermacam-macam jenis dengan pelbagai rasa. Makanan terkenal yang terdapat di Sarawak adalah seperti kek lapis Sarawak, mee kolok, laksa Sarawak, manok pansoh, mee dawai, umai dan lain-lain lagi. 


  ANTARA MAKANAN TERKENAL DI SARAWAK




KEK LAPIS


                                                                               
Kek lapis Sarawak merupakan kek atau kuih yang paling popular di Sarawak. Kek lapis sarawak sangat popular terutamanya ketika perayaan seperti sambutan hari raya, hari gawai, tahun baru cina, krismas dan juga hari-hari biasa. Kek lapis sarawak ini mempunyai pelbagai jenis corak. Setiap kek mempunyai nama yang berbeza-beza. Perniagaan kek lapis di Sarawak sangat popular dan mendapat sambutan dari orang Sarawak sendiri dan juga orang luar. Harga kek juga bergantung dengan saiz kek, perisa dan corak kek. 


LAKSA SARAWAK





                                                   
Laksa Sarawak juga merupakan makanan tradisional yang popular di Sarawak. Laksa Sarawak berbeza dengan laksa-laksa yang terdapat di Semenanjung. Bahan-bahan yang digunakan juga amat berbeza dan ketara. Kuahnya seperti kuah mee kari akan tetapi rasanya amatlah berbeza dengan mee kari. Rasa kuahnya rasa lemak, manis dan pedas. Bahan yang terdapat dalam laksa sarawak adalah bihun, isi ayam yang dicarik-carik, udang, tauge, hirisan telur goreng dan kuahnya. Laksa sarawak dihidangkan bersama sambal untuk menambah rasa kepedasan dan juga limau kasturi.


MEE KOLOK





Mee kolok juga merupakan mee yang popular di Sarawak. Mee kolok banyak terdapat di kedai makanan melayu dan cina. Mee kolok terdapat dalam dua jenis iaitu mee kolok putih dan mee kolok kicap. Selain dikenali sebagai mee kolok, ia juga dikenali sebagai mee kampua, mee rangkai dan mee kering. Tetapi ia lebih dikenali sebagai mee kolok. Bukan penduduk di Sarawak sahaja yang menggemari mee kolok tetapi orang luar yang datang ke Sarawak juga menggemari mee kolok. Keistimewaannya adalah rasa mee kolok berbeza dengan rasa mee goreng yang lain dan tekstur mee kolok juga kecil dan lembut serta kenyal.


MANOK PANSUH



Manok pansoh adalah sejenis makanan tradisional yang popular juga di Sarawak. Manok pansoh adalah ayam yang di masak di dalam buluh. Makanan ini adalah berasal daripada makanan tradisional kaum Iban di Sarawak. Cara penyediaannya adalah ayam dimasukkan di dalam buluh dengan perasa, bawang, halia, bunga kanta, serai dan daun ubi kayu. Kegunaan daun ubi kayu adalah untuk menutup permukaan buluh. Cara memasaknya adalah sama dengan cara memasak lemang. 


UMAI



Umai pula merupakan makanan yang berasal dari kaum Melanau di Sarawak. Semua penduduk sarawak yang berbagai kaum menggemari umai. Ianya disediakan dari ikan yang mentah. Ikan mentah dibersihkan dan diambil isinya dipotong kecil-kecil seterusnya diperap bersama limau, bawang merah dan cili. Ianya juga dicampur dengan bahan perasa yang lain. Umai yang biasa dijumpai adalah umai ikan dan umai udang. Umai lebih sedap dimakan setelah disimpan di dalam peti sejuk.




Tempat-tempat Menarik di Sarawak

Negeri Sarawak antara negeri yang terbesar di Malaysia, negeri yang kaya dengan pelbagai khazanah alam semula jadi, Negeri di Malaysia yang mempunyai Paling banyak Taman Negara seperti Mulu Caves National Park, Niah National Park, Gunung Gading National Park, Batang Ai National Park dan lain-lain. Sarawak adalah salah satu tempat pelancongan yang terkenal di Malaysia pada masa kini. Banyak tempat yang boleh kita kunjungi dan menikmati keindahan yang semula jadi. Makanan di Sarawak juga apa kurangnya? Di Sarawak terdapat pelbagai jenis makanan yang mempunyai berbagai rasa dan rupa antara yang terkenal ialah Kek Lapis Sarawak. Terlalu banyak benda yang hendak saya ceritakan, jadi saya ingin kongsikan serba sedikit tentang Negeri Sarawak ini.




                 Senarai Kawasan Pelancongan Yang Menarik Di Negeri Sarawak, Malaysia 



                         Taman Negara Gunung Mulu / Mulu Caves National Park 

Taman Negara Gunung Mulu mempunyai rangkaian gua terpanjang di dunia. Di sini terletaknya 'Sarawak Chamber' iaitu ruang bawah tanah terbesar di dunia yang boleh memuatkan empat puluh buah kapal terbang Boeing 747.

Di Mulu, anda juga boleh melihat terowong gua terbesar di dunia, Gua Rusa, yang boleh memuatkan lima buah gereja besar bersaiz gereja Saint Paul di London. Satu lagi tarikan utama di sini adalah Gua Air Jernih, gua paling panjang di Asia Tenggara. Gua-gua besar ini menjadi tempat tinggal berjuta-juta kelawar dan burung layang-layang gua yang berterbangan keluar setiap petang pada waktu senja!

Pelawat yang suka sukakan alam semula jadi pasti merasa kagum melihat contoh luluhawa batu kapur tropika terbaik di dunia, termasuk rabung batu kapur yang besar, ngarai yang curam, yang dipanggil 'The Pinnacles'. Resort di sini menawarkan pelbagai pilihan pendakian sukar tetapi sangat memuaskan hati. Pelawat digalakkan supaya menggunakan khidmat pemandu arah dan pengangkut barang.





                                Niah National Park / Taman Negara Niah 


Gua Niah merupakan sebuah gua yang terbesar di Malaysia dan penuh dengan sejarah. Ia juga merupakan antara gua batu kapur yang terbesar di dunia. Terletak kira-kira 90 kilometer atau 1 1/2 jam dari MiriSarawak, gua ini menunjukkan bukti kehidupan awal manusia di daerah ini. Gua Niah juga merupakan salah satu gua tertua di dunia dan telah diwartakan sebagai tapak bersejarah di bawah kuasa Muzium Sarawak. Gua Niah terbentuk sebagai terumbu karang pada akhir Miocene sebelum pergerakan bumi yang mengangkatnya dan dihakis membentuk gua. Gua Niah seluas 12 hektar dan kawasan dalam gua dianggarkan tiga kali padang bola sepak. Selain pintu masuk utama Gua Niah, terdapat 5 bukaan lain dengan kamar dibelakangnya. Ia dikenali sebagai Mulut Besar, Lubang Tulang, Lubang Hangus, Gan Kira dan Lubang Tahi Menimbun.








    Batang Ai National Park / Taman Negara Batang Ai 


BTaman Negara Batang Ai adalah taman negara yang terletak di Bahagian Sri Aman, Sarawak, Malaysia. Ia terletak di Lubok Antu, kira-kira 250 kilometer ke timur Kuching. Taman ini meliputi kawasan seluas 24 kilometer persegi (9.3 batu persegi) hutan hujan tropika yang luas dengan nombor haiwan yang jarang berlaku dan dilindungi. Sekitar 24 kilometer persegi tasik buatan yang dicipta oleh takungan hidroelektrik Batang Ai. Taman ini telah diisytiharkan pada tahun 1991, dan telah menjadi semakin popular di kalangan penduduk tempatan dan pelancong walaupun kekurangan kemudahan. 

Akses adalah mungkin dengan penyewaan bot, kerana air adalah kaedah utama pengangkutan di kawasan itu. Hutan tropika adalah rumah kepada orang utan, siamang, dan burung enggang. Tasik ini mewujudkan persekitaran yang indah dan memberikan rasa kedamaian dan ketenangan. Penduduk tempatan kebanyakannya Iban, dan lawatan ke rumah panjang Iban yang terletak berhampiran juga lencongan pelancongan. Taman negara mengambil langkah yang kuat untuk mempunyai masyarakat tempatan yang terlibat dalam pengurusannya. Masyarakat telah membentuk koperasi yang dipanggil 'Kooperasi Serbaguna Ulu Batang Ai dan membantu untuk memulihara taman.



                                                        Bandaraya Kuching 


Digambarkan sebagai salah satu bandar yang paling menarik di Asia Tenggara, Kuching ialah ibu negeri ini. Ia adalah bandar yang kaya dengan sejarah dan moden Kuching adalah campuran menarik struktur moden dan daya tarikan dunia lama. Kuching dibahagikan oleh Sungai Sarawak; selatan adalah kawasan perumahan yang komersial, dikuasai oleh kaum Cina, manakala pantai utara adalah kebanyakannya orang Melayu dalam watak, dengan rumah-rumah kampung lama beratur sungai. Kedua-dua bahagian bandar adalah sangat berbeza dalam watak dan juga mempunyai datuk mandi dan dewan bandar berasingan

Kuching bermakna 'kucing' dalam Bahasa Melayu dan terdapat beberapa cadangan bagaimana modal Sarawak yang diperoleh nama. legenda tempatan mengatakan bahawa James Brooke (lihat bahagian 'sejarah'), menunjuk ke arah penyelesaian itu di seberang sungai, bertanya apa yang dipanggil. Sesiapa dia bertanya, tersilap fikir dia menghala ke arah kucing berlalu. Jika itu kelihatan sedikit dibuat-buat, Muzium Sarawak menawarkan beberapa alternatif yang lebih munasabah, yang paling mungkin yang yang bandar mungkin mempunyai asalnya telah dikenali sebagai Cochin (pelabuhan) satu perkataan yang biasa digunakan di seluruh India dan Indochina.





                                                            Pantai Tusan

Lokasi: Miri, Lebih kurang 1 jam pemanduan dari Miri dan terletak berdekatan Kampung Bungai di Bekenu ialah Pantai Bungah. Pantai Bungah terkenal di kalangan pengunjung yang menghargai pantai yang bersih, air yang jernih, dan keindahan kawasan sekelilingnya yang masih. Ianya agak tersorok dan tempat yang hebat untuk mendapatkan jauh dari hiruk-pikuk bandar. Selepas fenomena alam semula jadi dinamakan air mata biru disebarkan di laman sosial popular di sini bulan lalu, Pantai Trusan di Bekenu menjadi tumpuan orang ramai dan popular dalam sekelip mata. 

Gara-gara fenomena tersebut dilihat buat pertama kalinya melalui lensa kamera kemudian dimuat naik oleh pemiliknya, Albert Song yang juga seorang jurugambar tempatan di sebuah laman sosial penduduk di sini sanggup memandu kira-kira setengah jam perjalanan ke Pantai Tusan terutama pada waktu malam di mana fenomena tersebut dapat dilihat dengan jelas. Kini fenomena tersebut bukan sahaja dapat dilihat di Pantai Trusan malah di sepanjang pinggir pantai Miri dan lebih menarik ia dapat dirakam dengan kamera biasa mahupun telefon pintar.