Monday, 1 May 2017

Etnik di Negeri Sarawak

Sarawak mempunyai bilangan penduduk yang banyak sekali antara negeri-negeri di Malaysia, iaitu seramai 2.07 juta orang. Sebagai ibu negeri, Kuching merupakan rumah kepada 458,300 orang. Ini menyebabkan ia menjadi bandar yang mempunyai penduduk yang terbanyak di Sarawak dan mendapat kedudukan yang ketujuh di Malaysia.

Sarawak mempunyai 27 etnik besar, setakat ini yang dikemukakan. Kesemua kumpulan etnik ini mempunyai bahasa, kebudayaan, dan cara kehidupan yang tersendiri. Etnik di Sarawak terbahagi mengikut kawasan penempatan seperti persisiran pantai, lembah sungai, daerah pendalaman, dan kawasan tanah tinggi. Kawasan yang paling padat dengan penduduk ialah di dataran pantai, lembah sungai di bahagian barat Kuching, dan kawasan antara Sungai Kayan dengan Sungai Mukah.

Corak penempatan dan taburan penduduk yang berselerak di Sarawak menyebabkan mereka tidak banyak berhubung dengan orang luar. Keadaan ini mendorong setiap kelompok etnik membentuk identiti kebudayaan masing-masing mengikut persekitarannya. Antara Etnik di Negeri Sarawak adalah seperti berikut:



Senarai kumpulan etnik di Sarawak

  • Iban
  • Cina
  • Melayu
  • Bidayuh
  • Melanau
  • Kayan
  • Kenyah
  • Lun Bawang
  • Penan
  • Kelabit
  • Kedayan
  • Bisaya
  • Berawan
  • Lahanan
  • Sekapan
  • Kejaman
  • Punan
  • Baketan
  • Ukit
  • Sihan
  • Tagal
  • Tabun
  • Saban
  • Lisum
  • Longkiput
  • Kadazandusun
  • Murut

No comments:

Post a Comment