ANTARA MAKANAN TERKENAL DI SARAWAK
KEK LAPIS
Kek lapis Sarawak merupakan kek atau kuih yang paling popular di Sarawak. Kek lapis sarawak sangat popular terutamanya ketika perayaan seperti sambutan hari raya, hari gawai, tahun baru cina, krismas dan juga hari-hari biasa. Kek lapis sarawak ini mempunyai pelbagai jenis corak. Setiap kek mempunyai nama yang berbeza-beza. Perniagaan kek lapis di Sarawak sangat popular dan mendapat sambutan dari orang Sarawak sendiri dan juga orang luar. Harga kek juga bergantung dengan saiz kek, perisa dan corak kek.
LAKSA SARAWAK
Laksa Sarawak juga merupakan makanan tradisional yang popular di Sarawak. Laksa Sarawak berbeza dengan laksa-laksa yang terdapat di Semenanjung. Bahan-bahan yang digunakan juga amat berbeza dan ketara. Kuahnya seperti kuah mee kari akan tetapi rasanya amatlah berbeza dengan mee kari. Rasa kuahnya rasa lemak, manis dan pedas. Bahan yang terdapat dalam laksa sarawak adalah bihun, isi ayam yang dicarik-carik, udang, tauge, hirisan telur goreng dan kuahnya. Laksa sarawak dihidangkan bersama sambal untuk menambah rasa kepedasan dan juga limau kasturi.
MEE KOLOK
Mee kolok juga merupakan mee yang popular di Sarawak. Mee kolok banyak terdapat di kedai makanan melayu dan cina. Mee kolok terdapat dalam dua jenis iaitu mee kolok putih dan mee kolok kicap. Selain dikenali sebagai mee kolok, ia juga dikenali sebagai mee kampua, mee rangkai dan mee kering. Tetapi ia lebih dikenali sebagai mee kolok. Bukan penduduk di Sarawak sahaja yang menggemari mee kolok tetapi orang luar yang datang ke Sarawak juga menggemari mee kolok. Keistimewaannya adalah rasa mee kolok berbeza dengan rasa mee goreng yang lain dan tekstur mee kolok juga kecil dan lembut serta kenyal.
MANOK PANSUH
Manok pansoh adalah sejenis makanan tradisional yang popular juga di Sarawak. Manok pansoh adalah ayam yang di masak di dalam buluh. Makanan ini adalah berasal daripada makanan tradisional kaum Iban di Sarawak. Cara penyediaannya adalah ayam dimasukkan di dalam buluh dengan perasa, bawang, halia, bunga kanta, serai dan daun ubi kayu. Kegunaan daun ubi kayu adalah untuk menutup permukaan buluh. Cara memasaknya adalah sama dengan cara memasak lemang.
UMAI
Umai pula merupakan makanan yang berasal dari kaum Melanau di Sarawak. Semua penduduk sarawak yang berbagai kaum menggemari umai. Ianya disediakan dari ikan yang mentah. Ikan mentah dibersihkan dan diambil isinya dipotong kecil-kecil seterusnya diperap bersama limau, bawang merah dan cili. Ianya juga dicampur dengan bahan perasa yang lain. Umai yang biasa dijumpai adalah umai ikan dan umai udang. Umai lebih sedap dimakan setelah disimpan di dalam peti sejuk.
No comments:
Post a Comment