Samfoo
Samfoo merupakan 'baju dan seluar' dalam dialek kantonis dan diguna oleh pihak lelaki. Ia diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak dan berbunga halus. Tambahan lagi, pakaian ini diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera. Cheongsam pula, merupakan pakaian yang digunakan oleh pihak perempuan. Terdapat banyak jenis fesyen cheongsam yang ada dan di antaranya ialah seperti leher tinggi, leher tertutup dan lengan pendek, sederhana atau panjang. Seterusnya, gaun tersebut kancing di sisi kanan dengan dada longgar, pinggang pas, dan celah naik dari sisi bagi membuat pakain tersebut lebih menarik untuk dilihat. Cheongsam juga diperbuat daripada bahan yang berbeza dan panjang yang berbeza. Kini, cheongsam banyak digunakan tidak kira dalam acara santai mahupun formal.
KAUM INDIA
![]() |
DHOTI |
![]() |
SARI |
Kaum lelaki memakai pakaian yang dinamakan Dhoti. Kain pakaian ini diperbuat daripada kain yang berwarna putih yang panjang. Kebanyakan pakaian tradisional ini hanya akan digunakan menjelang hari perkahwinan. Kain tersebut kemudiannya dililit pada bahagian pinggang dan diikat pada celah paha selain disangkutkan pada bahagian bahu. Kain dhoti dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan lebih menarik. Selain itu, bagi kaum perempuan pula, sari merupakan pakaian yang sangat popular dalam kalangan kaum ini kerana bukan sahaja dipakai musim perayaan tetapi menjadi pakaian seharian. Kain sari kebanyakannya jarang dan lembut. Dari segi pemilihan warna sari, sari yang sering dipakai adalah berwarna gelap seperti biru, merah, hijau, dan ungu. Untuk pemilihan corak pula adalah adalah tidak terhad iaitu mengikut citarasa pemakai. Sebagai contoh antara corak yang menjadi kegemaran seperti corak tumbuh-tumbuhan dan bercorak haiwan. Tidak kurang juga,sari turut dihiasi dengan manik-manik yang berkilat bagi menyerlahkan lagi kecantikan diri yang ada.
KAYAN
Komuniti Kayan juga mudah dikenali melalui pakaian tradisional mereka. Pakaian kaum ini sangat unik kerana diperbuat daripada manik-manik halus yang berwarna-warni. Bagi pakaian tradisional lelaki, pakaian mereka seperti baju diperbuat daripada kulit-kulit binatang contohnya kulit kambing. Mereka juga menggunakan perhiasan kepala yang diperbuat daripada rotan dan dihiasi dengan bulu kambing dan bulu burung kenyalang serta diwarnakan. Sirat yang dihiasi dengan manik-manik kecil turut dipakai di bahagian punggung lelaki sebagai gambaran seorang pahlawan. Perempuan Kayan juga akan menggunakan gelang dan rantai manik. Teksa merupakan hasil gabungan daripada manik-manik besar yang berwarna-warni dan dijadikan sebagai tali pinggang. Lavong pula, digunakan sebagai perhiasan kepala yang dihiasi dengan manik dan rambut kambing yang berwarna-warni.
ORANG ULU
Terdapat orang Ulu di Sarawak. Bagi lelaki, mereka akan menggunakan cawat satin serta memakai kulit kambing sunong. Selain itu, perhiasan kepala yang digunakan diperbuat daripada bulu kenyalang. Ta'ah baldu merah yang dihiaskan dengan labuci motif aso dan naga turut digayakan oleh pihak perempuan. Tambahan lagi, banyak manik dan labuci digunakan sebagai penyeri pakaian. Subang telinga iseng dari tembaga turut digunakan bagi melanjutkan telinga yang menjadi kebanggan bagi pihak perempuan.
ORANG MELAYU SARAWAK
Bagi lelaki Melayu Sarawak, mereka akan memakai baju Melayu Cekak Musang dan menggunakan samping songket. Selain itu, bagi perempuan pula, mereka akan menggunkan baju Kurung Teluk Belanga yang kepalanya dihiasi selayah serta diserikan dengan selempang sarung di bahu. Tambahan lagi, ada juga yang memakai Baju Kurung Broked, sarung songket bunga tabur, selayah kerengkam dan selempang songket.
No comments:
Post a Comment