1. Muzium Etnologi (Bangunan Lama)
Muzium Sarawak (Bangunan Lama) didirikan dalam tahun 1891 dan di perbesarkan dalam bentuk yang sedia ada dalam tahun 1911. Pada asalnya, bangunan ini dibina untuk menyimpan dan mempamerkan seni kraftangan masyarakat pribumi masyarakat tempatan dan koleksi binatang tempatan seperti yang dicadangkan oleh Pakar Alam Semulajadi, Alfred Wallace yang menjalankan kerja-kerja mengumpul spesimen-spesimen Sarawak pada masa tersebut. Pada masa ini, dengan perancangan yang teliti dan penjagaan yang rapi, bangunan ini telah dijadikan sebagai pusat pameran koleksi sejarah alam semulajadi di Sarawak.
2. Dewan Tun Abdul Razak
Dewan Tun Abdul Razak merupakan salah satu daripada galeri muzium Sarawak. Namanya diambil sempena nama Perdana Menteri Malaysia yang ke-2. Ia merupakan bangunan dua tingkat yang dahulunya digunakan sebagai dewan perhimpunan perundangan daripada tahun 1973 sehingga 1975. Pada tahun 1982, ia dijadikan sebagai galeri pameran dan dibuka secara rasmi pada tahun 1983. Aras bawah bangunan tersebut digunakan untuk mempamerkan pameran-pameran sementara mengikut tema. Pada aras satu, kebanyakan barang pameran merupakan prasejarah seperti pasu berwarna, barang-barang loyang, perabot cina, ruanagn rumah panjang dan sebagainya. Sebahagian besar barang arkeologi yang diperolehi negeri Sarawak juga dipamerkan disini.
3. Muzium Warisan Islam
Bangunan muzium Islam dahulunya merupakan James Brooke Malay College kemudian diambil alih dan diubahsuai bersesuaian dengan tarafnya sebagai muzium. Reka bentuknya amat unik dan dikatakan satu-satunya terdapat di Sarawak. Hampir keseluruhan bangunan ini diperbuat daripada konkrit dan kayu manakala atapnya adalah atap genting. Objektif utama mendirikan muzium ini adalah untuk memperkenalkan kepada rakyat negeri ini dan juga pelawat akan keunikan ketemadunana Islam dalam masyarakat Sarawak.
4. Muzium Arkeologi Niah
Muzium arkeologi Niah berdekatan dengan tapak arkeologi Gua Niah di Miri, Sarawak. Muzium ini mempamerkan artifak prasejarah dan budaya pada di kawasan tersebut. Orang awam berpeluang unuk menyaksikan sendiri peninggalan orang-orang purba yang pernah tinggal di kawasan tersebut beribu-ribu tahun dahulu.
5. Muzium Tekstil
Muzium tekstil dibuka pada orang ramai pada tahun 2000 yang bertempat di bangunan Pavilion Bandaraya Kuching. Senibina bangunan adalah campuran renaissance Inggeris dan Penjajah British. Reka bentuknya membujur panjang dan mempunyai tiga tingkat serta beratapkan konkrit rata. Bangunan ini mempunyai 2 tangga yang diperbuat daripada kayu yang diukir. Ia telah dibina pada tahun 1907 sebagai pusat perubatan dan kemudiannya dijadikan sebagai jabatan Pendidikan. Muzium ini mempamerkan dan dan menyimpan tekstil dan busana asli tempatan yang ditenun dan dipakai oleh etnik Sarawak. Antaranya adalah pua kumbu masyarakat Ibandan kain songket Melayu Sarawak. Konsep oameran akan menunjukkan proses tekstil itu dihasilkan dari penyediaan benang, bertenun sehingga ianya siap menjadi sehelai kain.